MENU

VISI

Menjadikan Taiping sebagai Sebuah Bandar Pelancongan Warisan Berdaya Maju, Sejahtera dan Mampan menjelang tahun 2020

MISI

Penggerak yang Berwibawa, Dinamik Berdaya Saing Dalam Penyampaian Perkhidmatan Perbandaran, Pembangunan dan Pelancongan Kepada Pelanggan Melalui Pengurusan Yang Berkualiti Dan Kompeten Untuk Kesejahteraan Dan Kemakmuran Masyarakat.

FALSAFAH/SLOGAN MPT

" MPT CEMERLANG SEPANJANG MASA"

DASAR KUALITI MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

Mewujudkan satu Sistem Pengurusan Perkhidmatan Perbandaran yang cekap dan berkesan, ke arah melahirkan penduduk yang harmoni dengan menyediakan kemudahan asas yang mencukupi dan terancang bagi mencapai kepuasan pelanggan serta menjadikan Taiping sebuah Bandar yang beridentiti, selesa dan sejahtera. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MPT yang dilaksanakan adalah berlandaskan kepada amalan-amalan kualiti menyeluruh yang berterusan berdasarkan keperluan MS ISO 9001: 2000 demi kecemerlangan MPT.

Slogan Q

'PERKHIDMATAN BERKUALITI PELANGGAN BERPUAS HATI'

DASAR Q

MPT komited kepada proses penyampaian perkhidmatan perbandaran yang cemerlang, cepat, cekap dan berkesan. Ini akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pelanggannya berasakan piawaian kualiti yang diiktiraf.

MPT juga komited melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dan transformasi ke arah meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualitinya.