MENU

Jabatan Khidmat Pengurusan


1.1 PENYELARASAN / KEURUSETIAAN

1.1.1 Kami Komited untuk menyampaikan dan menentukan pelaksanaan semua dasar-dasar dan pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan mengikut keperluan yang ditetapkan dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan.
1.1.2 Kami berjanji memberikan layanan mesra dan sentiasa berusaha untuk memberi kemudahan, perkhidmatan dan maklumat kepada orang ramai, pegawai dan anggota Majlis pada setiap masa.
1.1.3 Menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada pihak-pihak yang terlibat selepas mesyuarat diadakan dalam tempoh 3 hari.

1.2 PENGURUSAN ADUAN

Bahagian Hal Ehwal Komuniti dan Sosial

1.2.1 Memastikan semua maklumat dan aduan yang diterima dari orang ramai dan pelanggan akan diberi jawapan dan maklumbalas tindakan yang diambil dalam tempoh 5 hari bekerja.
1.2.2 Semua pelanggan di kaunter aduan dan pertanyaan akan diberi layanan yang mesra, cepat, cekap dan berkesan.
1.2.3 Semua aduan melalui e-Aduan, akhbar dan media massa secara lisan dan tulisan akan disampaikan kepada jabatan yang berkaitan pada hari yang sama untuk diambil perhatian dan tindakan.
1.2.4 Semua jabatan/Bahagian/Unit akan mengurus semua aduan yang diterima denagn mengambil tindakan berikut:

a) Menjalankan pemeriksaan di tapak/siasatan dan tindakan pemulihan dalam tempoh 2 hari bekerja mengikut status aduan dan keutamaan.
b) Memberi laporan dan maklumbalas status kes kepada pengurusan.
c) Memberi maklumbalas ke atas kes-kes tindakan susulan kepada pihak pengurusan.