MENU

Majlis Perbandaran Taiping akan melaksanakan pengurangan (diskaun) bagi bayaran kompaun/notis kesalahan lalulintas dengan kadar 70% atas kesemua kesalahan lalulintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004.

Tawaran ini berkuatkuasa mulai 28 Mei hingga 28 Jun 2018. Orang ramai boleh mendapatkan tawaran ini di kaunter bayaran MPT di Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, Taiping bermula dari jam 8.30 pagi hingga 3.45 petang. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh hubungi talian terus 05-8080777 samb. 212/224.

Tawaran ini tidak termasuk bagi kompaun/notis yang telah dikenakan tindakan mahkamah.

Kadar Kompaun/Notis

Kadar Kompaun/Notis Selepas Pengurangan (70%)

RM10.00 RM3.00

RM20.00

RM6.00

RM50.00

RM15.00