MENU

Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut.

Bandar Taiping yang terletak di Negeri Perak, dahulunya dikenali sebagai Klian Pauh dan telah ditukar kepada Taiping sempena tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Taiping berasal daripada perkataan Cina "Tai-Peng" yang bermaksud aman selamanya.

Dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, Taiping telah menjadi sebuah bandar yang utama di Negeri Perak sebagai pusat pentadbiran British berbanding Bandar Taiping sebagai salah satu bandar yang tertua di Malaysia.

Pada tahun 1874, Lembaga Kebersihan / Kesihatan ditubuhkan bagi mentadbir bandar Taiping, fungsi Lembaga telah bertaraf dan telah digubal sesuai dengan penambah fungsi Bandar Taiping sendiri. Kini, Taiping merupakan bandar yang kedua besar selepas Bandaraya Ipoh.

Majlis Perbandaran Taiping terletak dalam Daerah Larut Matang yang mengandungi 12 mukim iaitu:-

1. Assam Kumbang
2. Jebong
3. Tupai
4. Bandar Taiping
5. Pengkalan Aur
6. Simpang
7. Sungai Limau
8. Bukit Gantang
9. Trong
10. Sungai Tinggi
11. Batu Kurau
12. Kamunting