MENU

Landskap

1. Bagaimana aktiviti pengindahan diberi tumpuan?
Pembangunan Landskap memainkan peranan penting didalam pembangunan ruang samada di kawasan bandar, kawasan perumahan dan kawasan-kawasan taikan pelancong. Tumpuan utama Pembangunan Landskap dikawasan Majlis Perbandaran Taiping serta rawatan dan penyelenggaraannya adalah seperti berikut:- 1. Jalan-jalan utama dalam kawasan Majlis. Ini termasuk jalan-jalan masuk ke bandar Taiping. 2. Perlaksanaan kerja-kerja landskap termasuk diruang kosong di persimpangan, pembahagi jalan, pulau-pulau jalan dan sebagainya 3. Kawasan rekreasi dan taman-taman awam. 4. Kawasan perumahan, ini termasuk penyediaan alat permainan kanak-kanak di padang permainan dan kawasan lapang perumahan.