MENU

Rancangan Struktur

1. Apakah yang di maksudkan dengan Rancangan Struktur Larut Matang?
Rancangan Struktur Larut Matang, Selama dan Kerian adalah gabungan tiga Daerah iaitu Daerah Larut Matang, Daerah Kecil Selama dan Daerah Kerian yang telah diselaraskan dengan pembangunan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171). Rancangan Struktur merupakan satu kenyataan bertulis yang menyatakan dasar-dasar dan cadangan-cadangan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan berkaitan dengan pemajuan dan penggunaan dadah.

2. Bagaimana pula Rancangan Tempatan Taiping di usahakan?
Majlis Perbandaran Taiping telah menyediakan Rancangan Tempatan Taiping (RTT) dengan Kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Cawangan Tengah) dan pakar-pakar runding.

3. Apakah kelebihan dari rancangan tersebut
Rancangan Tempatan adalah satu pelan yang komprehensif dan terperinci sebahagian kawasan Majlis. Rancangan Tempatan ini menyenaraikan program perancangan terperinci sehingga tahun 2010.

4. Bagaimana dari segi aspek-aspeknya?
Rancangan Tempatan ini merangkumi aspek-aspek Gunatanah dan industri, Pusat bandar dan perniagaan, Perumahan dan kemudahan masyarakat, Alam sekitar, Landskap

5. Bagaimana dari segi strategi Rancangan Tempatan ini?
Secara umumnya, strategi pembangunan Rancangan Tempatan Taiping merangkumi:- * Menyediakan khidmat pembangunan masyarakat yang efisien. * Memajukan kawasan baru untuk meningkatkan hasil Majlis. * Untuk memastikan kawasan kediaman di alam persekitaran yang selesa. * Pembangunan dan mempertingkatkan aktiviti di kawasan yang kurang maju.

Sekiranya terdapat soalan boleh hubungi Pegawai seperti senarai di sini SENARAI PERHUBUNGAN PEGAWAI
MAJLIS PERBANDARAN TAIPING