Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

TURUN PADANG (TURPA) KE PUSAT PERANGINAN BUKIT LARUT

19 September 2022 – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, YBrs. Tuan Khairul Amir Mohamad Zubir bersama Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, YBrs Tuan Mohd Nasrul Menhat serta Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Larut Matang dan Selama, YBrs. Ir Farrid Jamaludin mengadakan Lawatan Turun Padang (TURPA) ke Pusat Peranginan Bukit Larut (PPBL) bagi melihat perkembangan projek baikpulih tebing jalan yang sedang dijalankan.
Bukit Larut atau dikenali sebagai Maxwell Hill ditemui pada tahun 1879 dan dibangunkan pada 1884 oleh William Edward Maxwell yang merupakan Penolong Residen British di Perak pada ketika itu sebagai Pegawai British dan Peladang Eropah. Bukit Larut merupakan Bukit Peranginan Tertua di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 7,241.46 hektar. Tingginya 1,036 meter dari paras laut dan jauhnya lebih kurang 13 kilometer dari kaki bukit.
Untuk ke puncak, perkhidmatan Land Rover disediakan tetapi ditutup buat masa ini berikutan kerja-kerja baikpulih tebing jalan masih belum selesai. Perjalanan ke puncak mengambil masa 30 minit untuk sampai ke stesen dan terdapat 108 selekoh (72 selekoh tajam). Suhu pada waktu siang diantara 15 darjah Celsius. PPBL ditutup pada bulan November 2019 berikutan berlakunya kejadian tanah runtuh. Sehingga kini, ianya masih ditutup kepada orang awam. Namun ianya dibuka untuk tujuan riadah dan rekreasi terutamanya pejalan kaki dan pendaki (hikers) atas risiko dan tanggungjawab sendiri.
Turut hadir bersama Ahli Majlis, YBrs. Tuan Haji Shariful Juhari Abu Kassim, Setiausaha Perbandaran, Encik Kamaruzzaman Kamari, Pegawai Renjer Hutan Taiping, Encik Mohamad Rosli bin Yusof, Penolong Pengarah Kejuruteraan, Encik Rizal Ismara Ismail, Penolong Pegawai Tadbir, PPBL, Encik Musnarizal Abd Manap, Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa, Encik Mohd Efandi Saari dan Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Korporat dan Perhubunagan Awam, Encik Muhammad Hafizzuddin Azhar.

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
3
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
  • Majlis Perbandaran Taiping
    Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

  • +605 - 808 0777

  • +605 - 806 8957 / +605 - 805 3000

  • mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Perbandaran Taiping . Kemaskini : 04/11/24 • Jumlah Pelawat : 87326