Mulai 15 September 2023, orang awam yang meletak kenderaan di tempat letak kereta di Majlis Perbandaran Taiping boleh membuat pembayaran caj tempat letak kereta dengan menggunakan aplikasi Park@Perak atau aplikasi Flexi Parking. Penambahan saluran ini dibuat bagi memberi kemudahan kepada orang awam yang menggunakan kemudahan tempat letak kereta Majlis Perbandaran Taiping dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Aplikasi Park@Perak dan aplikasi Flexi Parking boleh dimuat turun di Play Store, App Store dan Huawei Gallery.