TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengalu-alukan kehadiran YBrs. Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan atas pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Taiping berkuat kuasa mulai 9 Januari 2026.
Semoga kepimpinan, visi dan iltizam yang dibawa oleh YBrs. Tuan akan terus memperkukuh tadbir urus serta memperkasakan hala tuju pembangunan Bandar Taiping sebagai bandar berdaya huni, mampan dan sejahtera, selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi, Ahli-ahli Majlis dan warga kerja Majlis Perbandaran Taiping
