Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KEMPEN PENGUMPULAN BARANGAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DI PERKARANGAN DEWAN ASTAKA BATU KURAU

8 Oktober 2022 - Pagi ini berlangsung Kempen Pengumpulan Barangan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) bertempat di Perkarangan Dewan Astaka Batu Kurau. Kempen yang bermula seawal 8.30 pagi hingga 11.30 pagi berjaya mengumpul barangan E-Waste sebanyak 71 barangan. Pendapatan keseluruhan yang diperolehi penduduk dengan menjual barangan tersebut adalah RM 91.00.

Konsep kempen ini adalah dengan membawa bersama barangan buangan elektronik yang hendak dilupuskan ke tempat pengumpulan dan setiap barangan E-Waste akan menerima token mengikut harga yang telah ditetapkan. Tahniah dan syabas kepada penduduk Batu Kurau kerana menyokong kempen ini. Kempen diteruskan di Dewan Orang Ramai Taman Aun Say pada 29 Oktober 2022 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Jika anda memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk mengambil barang seperti peti ais dan mesin basuh, sila hubungi Hotline E-Waste MPT di talian 0175028089.

Turut hadir untuk bersama-sama penduduk adalah Ahli Majlis, Clr Encik Mohd Kahar Shamsudin bin Tahir, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Encik Hishamuddin bin Muhamad Zaki dan Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Encik Muhammad Hafizzuddin Azhar.

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
3
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
  • Majlis Perbandaran Taiping
    Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

  • +605 - 808 0777

  • +605 - 806 8957 / +605 - 805 3000

  • mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Perbandaran Taiping . Kemaskini : 15/07/24 • Jumlah Pelawat : 87334