2025
- Majlis Perbandaran Taiping (MPT) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya meraih dua anugerah pada Anugerah Industri Pelancongan 2025 (Tourism Industry Award 2025) anjuran Malaysian International Tourism Development Association (MITDA) yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Selangor. MPT menerima pengiktirafan dalam kategori :
i) Best Heritage City Conservation Initiative (Majlis Perbandaran Taiping)
ii) Best Educational Program (Zoo Taiping & Night Safari)
- 5 September 2025 – Bandar Taiping mencipta detik membanggakan apabila diumumkan sebagai penerima 𝙏𝙤𝙪𝙧𝙞𝙨𝙢 𝙋𝙧𝙤𝙢𝙤𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙊𝙧𝙜𝙖𝙣𝙞𝙯𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙏𝙤𝙪𝙧𝙞𝙨𝙢 𝘼𝙬𝙖𝙧𝙙𝙨 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙠𝙖𝙩𝙚𝙜𝙤𝙧𝙞 𝙏𝙤𝙪𝙧𝙞𝙨𝙢 𝙈𝙖𝙧𝙠𝙚𝙩𝙞𝙣𝙜 bersempena dengan 12th TPO General Assembly bertempat di bandar Ho Chi Minh, Vietnam.
- Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menerima Anugerah MyPlace Award 2025 (Emerald Winner) bagi kategori Indoor Space (Public Indoor Space) melalui projek bertajuk “Art in the Market: Breathing Creativity into Taiping’s Past”. Bagi pencapaian ini, MPT telah memilih Pasar Taiping sebagai projek yang dipertandingkan. Majlis penganugerahan ini telah berlangsung pada 12 September 2025 bertempat di Le Méridien Hotel, Petaling Jaya, Selangor.
- 28 Oktober 2025 - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menerima Penarafan Smart City Early Adopter 2025 daripada KPKT sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan pelaksanaan pelbagai inisiatif bandar pintar di Taiping yang berteraskan teknologi, kelestarian dan kesejahteraan komuniti setempat sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 dengan tema “Pembaharuan Semula Bandar: Agenda Perancangan Untuk Rakyat” telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.
2024
- Majlis Perbandaran Taiping telah menerima Anugerah Malaysia Institute of Planners Planning Excellent Awards 2024(MIPPEA) anjuran Institut Perancang Bandar Malaysia. Anugerah yang dimenangi adalah bagi kategori Heritage and Conservation. The Residensi@Casuarina Inn telah dipilih memenangi Bronze Award. Anugerah ini telah diterima oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir . Anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), TPr Dr Alias bin Rameli.
- Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2023 serta dinobatkan sebagai satu-satunya pemenang bagi kategori Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2023 (Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2023 anjuran Majlis Negara Bagi Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (NCOSH MALAYSIA) bertempat di Courtyard by Marriott, Kuala Lumpur)
- Anugerah Gold Class 1 bagi Organisasi, Anugerah Khas untuk Zoo Taiping & Night Safari, dan Anugerah Presiden kepada Yang Dipertua MPT ( Majlis Anugerah Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) ke-42)
- Sijil Pengiktirafan 5 Bintang Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan tahun 2024 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
- Anugerah Best Volunteer Tourism Initiative Award (Perak Tourism Awards 2024)
- Anugerah Industri Pelancongan 2024 (Tourism Industry Award 2024) bagi kategori Destinasi Alam Semula Jadi Terbaik (Best Nature Destination)
- Anugerah Standard Pelancongan Asean Peringkat Kebangsaan 'Asean Clean City Standard (2024-2026)
2023
- Tempat Ke-3 - Laman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sempena Sambutan Hari Landskap Negara;
- Pengiktirafan 5 Bintang dan PBT Terbaik Perbandaran (kriteria Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras) oleh KPKT;
- Apresiasi Khas Bandar Mesra Usia oleh KPKT;
- Pensijilan Sistem Pengurusan Kesihatan Keselamatan Pekerjaan : MS ISO 45001:2018 oleh NIOSH;
- Tempat Ke-3 Bagi Kategori - Pertandingan Medan Selera Bersih (Medan Selera FMS) oleh KPKT;
- Tempat Ke-3 Pertandingan Koir PBT Piala YAB Menteri Besar Perak;
- Naib Johan Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau bersempena dengan Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak;
- Anugerah Bandar Mampan 2023 bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Perak;
- Penarafan Risiko Rendah oleh SPRM;
- Anugerah Best Muslim Friendly Nature Destination bersempena World Islamic Tourism Award;
- Sijil Kecemerlangan Di Atas Pematuhan Terhadap Pemantauan Laman Web Servis Kerajaan (SPLASK) bagi tahun 2023 oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak;
- Sijil Kecemerlangan Penyelesaian 100% Aduan Biasa di dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi tahun 2023;
- Sijil Penghargaan Berjaya Melaksanakan Pengauditan Nilai 2023 dengan memperolehi markah 82.92% oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; dan
- Anugerah Emas di Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023.
2022
- ANUGERAH BEST TEAM - 2022 ASEAN-ROK XR PROFESSIONAL TRAINING
- ANUGERAH DESTINASI REKREASI TERBAIK - ANUGERAH INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA 2022 (MALAYSIA TOURISM INDUSTRY AWARD 2022)
- ANUGERAH EMAS - MAJLIS ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2022
- MS ISO 9001:2015 - PERSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015
- MS ISO 37001:2016 - PERSIJILAN MS ISO 37001:2016 SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH (SPAR)
2021
- ANUGERAH BANDAR BERDAYA HUNI TAHAP TINGGI 2021 - MAJLIS PELANCARAN INDEKS DAYA HUNI MALAYSIA (IDAM)
- 5 BINTANG - SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT) 2020-2021