Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Objektif, Visi & Misi

DASAR KUALITI

Mewujudkan satu Sistem Pengurusan Perkhidmatan Perbandaran yang cekap dan berkesan, ke arah melahirkan penduduk yang harmoni dengan menyediakan kemudahan asas yang mencukupi dan terancang bagi mencapai kepuasan pelanggan serta menjadikan Taiping sebuah Bandar yang beridentiti, selesa dan sejahtera.

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MPT yang dilaksanakan adalah berlandaskan kepada amalan-amalan kualiti menyeluruh yang berterusan berdasarkan keperluan MS ISO 9001: 2015 demi kecemerlangan MPT.

DASAR Q

MPT komited kepada proses penyampaian perkhidmatan perbandaran yang cemerlang, cepat, cekap dan berkesan. Ini akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pelanggannya berasakan piawaian kualiti yang diiktiraf.

MPT juga komited melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dan transformasi ke arah meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualitinya.

SLOGAN Q

'PERKHIDMATAN BERKUALITI PELANGGAN BERPUAS HATI'

Visi

MENJADIKAN TAIPING SEBUAH BANDARAYA YANG PROGRESIF, MAMPAN DAN SEJAHTERA MENJELANG TAHUN 2030

Misi

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG EFEKTIF DAN EFISIEN MELALUI INOVASI DALAM PENDIGITALAN BAGI MENCAPAI TARAF HIDUP YANG BERKUALITI KE ARAH KESEJAHTERAAN DAN KELESTARIAN WARISAN.

Falsafah

" MPT CEMERLANG SEPANJANG MASA"

Objektif

  • Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui perkhidmatan dan kemudahan perbandaran yang terbaik dan berkualiti.

  • Memainkan peranan sebagai jentera kerajaan bagi mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

  • Mengawal dan merancang semua pembangunan yang ada di dalam bidang kuasa Majlis Perbandaran Taiping mengikut dasar-dasar Majlis.

  • Menggalakkan pembangunan sosial, fizikal, ekonomi dan pembangunan kegunaan tanah secara teratur, cekap dan ekonomikal.

  • Menyediakan dan melaksanakan kemudahan infrastruktur, serta menyelenggara ke tahap yang sempurna.

  • Mengadakan projek landskap dan pengindahan serta menyelenggara kemudahan-kemudahan rekreasi, lipurdiri, taman awam supaya dapat mewujudkan suasana alam semulajadi yang harmoni.

  • Menentukan pengurusan dan pentadbiran jabatan-jabatan Majlis berjalan dengan bersih, cekap, berkesan dan sistematik

  • Mewujudkan perhubungan yang baik di antara jabatan-jabatan, agensi - agensi yang terlibat dengan hal-hal urusan Majlis.

  • Mengawal dan memastikan kebersihan dan kesihatan di kawasan Majlis sentiasa terjamin.
  • Menyedia dan mengadakan program kerjasama kemasyarakatan demi kesejahteraan dan kualiti hidup yang tinggi dan mampan.
  • Utama
  • Korporat
  • Objektif, Visi & Misi
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
3
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
  • Majlis Perbandaran Taiping
    Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

  • +605 - 808 0777

  • +605 - 806 8957 / +605 - 805 3000

  • mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Perbandaran Taiping . Kemaskini : 21/11/24 • Jumlah Pelawat : 87354