Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN KERJA MUZIUM & GALERI MELAKA KE PASAR BESAR TAIPING

21 September 2022 - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menerima kunjungan dari Muzium & Galeri Melaka ke Pasar Besar Taiping pada hari ini. Lawatan seramai 20 pegawai Muzium & Galeri Melaka diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM), YBhg. Datuk Akramuddin Ab. Aziz bertujuan meninjau kemajuan kerja di tapak Projek Naiktaraf Pasar Besar Taiping dan berkongsi pengalaman dengan MPT menguruskan projek-projek berkepentingan warisan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja pemuliharaan pasar yang telah berusia 136 tahun. Projek bermula 23 Januari 2021 dan dijangka siap pada 22 Mac 2023. Objektif utama pembangunan adalah untuk membaikpulih bangunan pasar yang sedia ada dengan persekitaran aktiviti perniagaan dan kemudahan yang lebih selesa kepada peniaga dan pengunjung.

Ciri-ciri warisan bangunan tersebut masih dikekalkan sebagai Tapak Warisan dibawah Akta Warisan Kebangsaan. Projek pemuliharaan seperti ini adalah julung kalinya dilaksanakan oleh pihak KPKT dan menjadi perhatian kerana ciri ciri bangunan warisan yang istemewa.

 

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
3
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
  • Majlis Perbandaran Taiping
    Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

  • +605 - 808 0777

  • +605 - 806 8957 / +605 - 805 3000

  • mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Perbandaran Taiping . Kemaskini : 21/11/24 • Jumlah Pelawat : 87355