29 April 2022 - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, YBrs Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir memyempurnakan Majlis Penyerahan Hadiah Cabutan Bertuah Program Inisiatif Cukai Taksiran 2021 (PICT) pada pagi ini bertempat di Dewan Teratai, Penthouse, Wisma Perbandaran Taiping.
Program tahunan bagi menghargai pembayar Cukai Taksiran ini telah berlangsung selama 2 bulan bermula 1 Januari 2022 dan telah berakhir pada 28 Februari 2022. Seperti tahun sebelum ini, MPT meneruskan PICT2022 dengan mengadakan dua (2) kategori hadiah cabutan bertuah iaitu Kategori A: Bayaran Secara Dalam Talian dan Kategori B: Bayaran Melalui Kaunter MPT. Majlis cabutan bertuah telah diadakan pada 30 Mac 2022.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi kedua-dua kategori cabutan bertuah Program Insentif Cukai Taksiran 2022 Majlis Perbandaran Taiping. Terima kasih juga diucapkan kepada wargakota Taiping kerana telah menjadi warga yang prihatin dengan membayar Cukai Taksiran secara konsisten pada setiap tahun.
Majlis Perbandaran Taiping
Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
+605 - 808 0777
+605 - 806 8957 / +605 - 805 3000
mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my