19 September 2022 – Setiausaha Perbandaran, Encik Kamaruzzaman Kamari mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) merasmikan Kempen Kesedaran Pelupusan E-Waste peringkat Daerah Larut Matang dan Selama di Dewan AlHelmi, Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin, Taiping.
Program anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak dengan kerjasama MPT serta Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) bertujuan menggalakkan para pelajar sekitar Daerah LMS untuk membuang sisa elektrik dan elektronik yang ada rumah serta memotivasikan masyarakat secara amnya untuk terlibat dalam program kitar semula sisa berkenaan.
E-Waste adalah sisa buangan yang terdiri daripada elektrik dan elektronik, dimana jika tidak diuruskan secara sistematik atau dibakar, ianya berpotensi mengeluarkan gas berbahaya yang boleh mengakibatkan kemusnahan alam dan memudaratkan kesihatan. Contoh barang E-Waste adalah Television, Alat Penghawa Dingin, Peti Ais, Komputer Riba, Telefon dan Pencetak.
E-Waste telah menjadi isu membimbangkan terutamanya dengan peningkatan dalam penggunaan elektronik. Pengurusan E-Waste amat penting demi mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Masyarakat awam diseru melibatkan diri dalam program E-Waste sebagai usaha menguruskan sisa tersebut secara mampan. Hasrat MPT untuk menangani pelbagai isu alam sekitar tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan sokongan daripada orang ramai.
#mpt #jas #ppdlms #taiping #perak #ewaste #keeptaipingclean #masyarakatperlutahu #masyarakatberadab #masyarakatprihatin
Majlis Perbandaran Taiping
Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
+605 - 808 0777
+605 - 806 8957 / +605 - 805 3000
mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my