Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MPT PROMOSI BANDAR RENDAH KARBON

17 September 2022 – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan Hari Tanpa Kenderaan (HTK) MPT 2022 dengan pelbagai akiviti yang menarik sempena sambutan ulang tahun Hari Perbandaran yang ke 43 dan Sambutan Hari Malaysia di Dataran Warisan hari ini.

Program yang dirasmikan oleh Yang Dipertua MPT, YBrs. Tuan Khairul Amir Mohamad Zubir dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Kayuhan 71KM, Fun Run 5KM, Zumba Fitness Fit Challenge, Pameran agensi Kerajaan dan Swasta serta Persembahan Kebudayaan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Huan Lian 3.

Program HTK MPT 2022 adalah sebahagian dari inisiatif pihak Majlis ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemari alam sekitar. Ini juga saranan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi pengurangan karbon (CO2) kepada 45 peratus menjelang pada tahun 2030.

Penganjuran HTK MPT 2022 julung kalinya diadakan menglibatkan beberapa agensi Kerajaan, Swasta dan NGO selari dengan konsep Local Agenda 21 (LA21). Penganjuran program melalui kerjasama strategik seperti ini amat digalakkan sebagaimana yang disarankan oleh Kerajaan dalam usaha memastikan setiap program yang dilaksanakan memberi nilai tambah dan impak positif kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Turut hadir bersama Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Haji Wan Mohd. Isa Dato' Haji Wan Mohd. Razali, ADUN Trong, YB Puan Jamilah Zakaria, ADUN Kuala Sepetang, YB Encik Mohd Kamaruddin Abu Bakar, Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, YBrs Tuan Mohd Nasrul Menhat, Setiausaha Perbandaran, Encik Kamaruzzaman Kamari, Ketua-ketua Jabatan Daerah LMS dan Ahli-ahli Majlis MPT.

#mpt #taiping #perak #haritanpakenderaan #kayuhan #funrun #zumba #pameran #pdtlms #ppdlms #jasperak #pkdlms #ipdtaiping #jpjtaiping #bombataiping #klinikgigipokokassam #perkeso #ptptn #kwsp #ecomrade #bazarcrossstreet #japenlms #jkrlms #maxis #autongcafe #spritzer #mcdonald #bandarrendahkarbon #masyarakatperlutahu #masyarakatprihatin

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
3
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
  • Majlis Perbandaran Taiping
    Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

  • +605 - 808 0777

  • +605 - 806 8957 / +605 - 805 3000

  • mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Perbandaran Taiping . Kemaskini : 15/07/24 • Jumlah Pelawat : 87334