KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING (MPT) 2023
Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Taiping sedang menjalankan kajian kepuasan pelanggan bagi tahun 2023.
MPT sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggannya yang terdiri daripada orang awam, pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak dan pihak agensi Kerajaan.
Penilaian pelanggan amat penting dalam membantu MPT mengenal pasti aspek perkhidmatan dan kemudahan yang perlu ditambah baik dalam memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhannya.
Sehubungan itu, pihak Majlis ingin memohon kerjasama untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan MPT 2023 melalui pautan
https://forms.gle/rumC7grSfZdNkwMd8 atau mengimbas kod QR yang tertera. Tarikh kajian bermula 24 Julai 2023 hingga 7 Ogos 2023.
#mpt #taiping #perak #kepuasanpelanggan
See less