SENARAI PEMENANG CABUTAN BERTUAH PROGRAM INSENTIF CUKAI TAKSIRAN 2025
1.
KATEGORI A ( BAYARAN SECARA DALAM TALIAN ) - KLIK DI SINI2.
KATEGORI B ( BAYARAN MELALUI KAUNTER MPT ) - KLIK DI SINI
- Penyertaan Cabutan Bertuah bagi Program Insentif Cukai Taksiran 2025 telah pun berakhir pada 28 Februari 2025 yang lalu. Sejak diperkenalkan program ini, pembayaran secara setahun Bil Cukai Taksiran telah memberi impak positif kepada kutipan hasil cukai taksiran.
- Program ini menawarkan 30 hadiah yang menarik berupa barangan elektronik bernilai keseluruhan RM20,000.00 untuk dimenangi. Harapan Majlis ianya dapat membantu pengguna bagi capaian yang lebih baik semasa membuat semakan dan bayaran cukai taksiran secara dalam talian. Program ini adalah salah satu penghargaan kepada warga Taiping yang telah menjalankan tanggungjawab kepada MPT untuk menjelaskan cukai taksiran secara setahun dan tanpa tunggakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
- Warga Taiping yang bertuah berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti berikut :
i. Kategori A (Bayaran secara dalam talian) Hadiah Bonanza berupa sebuah tablet dan 18 buah telefon pintar; dan
ii. Kategori B (Bayaran melalui Kaunter MPT) Hadiah Bonanza berupa sebuah tablet dan 10 buah telefon pintar.
- Bagi pembayar awal cukai taksiran Tahun 2025 pula, Pihak MPT telah menyediakan cenderamata mug eksklusif bermotifkan Pasar Taiping yang dinaiktaraf sebagai Pasar Warisan Negara dan Pen Eksklusif Sempena Ulang Tahun 150 Tahun Bandar Taiping sebagai tanda penghargaan untuk 10,000 pembayar awal cukai taksiran sebelum atau pada 28 Februari 2025 yang lepas tertakluk kepada terma dan syarat.
- Pihak MPT akan menghubungi pemilik pegangan yang bertuah dalam tempoh terdekat. Sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah ini akan diadakan dalam suatu majlis yang akan dimaklumkan kelak.