21 September 2022 - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menerima kunjungan dari Muzium & Galeri Melaka ke Pasar Besar Taiping pada hari ini. Lawatan seramai 20 pegawai Muzium & Galeri Melaka diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM), YBhg. Datuk Akramuddin Ab. Aziz bertujuan meninjau kemajuan kerja di tapak Projek Naiktaraf Pasar Besar Taiping dan berkongsi pengalaman dengan MPT menguruskan projek-projek berkepentingan warisan.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja pemuliharaan pasar yang telah berusia 136 tahun. Projek bermula 23 Januari 2021 dan dijangka siap pada 22 Mac 2023. Objektif utama pembangunan adalah untuk membaikpulih bangunan pasar yang sedia ada dengan persekitaran aktiviti perniagaan dan kemudahan yang lebih selesa kepada peniaga dan pengunjung.
Ciri-ciri warisan bangunan tersebut masih dikekalkan sebagai Tapak Warisan dibawah Akta Warisan Kebangsaan. Projek pemuliharaan seperti ini adalah julung kalinya dilaksanakan oleh pihak KPKT dan menjadi perhatian kerana ciri ciri bangunan warisan yang istemewa.