Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2022 (HSN 2022) PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG

8 Oktober 2022 - Bertempat di Kompleks Rakan Muda Larut Matang telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN 2022) peringkat Daerah Larut Matang yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Larut Matang Selama, YBrs Tuan Mohd Nasrun Menhat. Aktiviti anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama merupakan agenda nasional dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah "Negara Bersukan".

HSN 2022 kembali menjadi aktiviti tahunan yang meriah selepas dua tahun tidak dapat dijalankan dengan skala besar berikutan penularan pandemik Covid-19. Dengan kehadiran kira-kira 1,500 peserta jelas menunjukkan kerinduan masyarakat setempat terhadap aktiviti serta kemeriahan acara tahunan terbabit. Antara pengisian aktiviti adalah seperti 5KM Fun Run, 30KM Fun Ride, Pertandingan Mobile Legend, Pertandingan FIFA 2023, Zumba, Mendaki Gunung, Taekwondo, Kelas Cub Prix, Cabutan Bertuah dan lain-lain.

Turut hadir bersama Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Haji Wan Mohd. Isa Dato' Haji Wan Mohd. Razali, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, YBrs. Tuan Abdul Malik Ismail, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah LMS, Tuan Syed Nasir Syer Mahadi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang, Encik Mohammad Izwan Rojehan dan Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MPT, Encik Muhammad Hafizzuddin Azhar.

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
3
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
  • Majlis Perbandaran Taiping
    Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

  • +605 - 808 0777

  • +605 - 806 8957 / +605 - 805 3000

  • mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Perbandaran Taiping . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 87334