Pemeriksaan dan penguatkuasaan diadakan bagi menjaga aspek kebersihan khususnya dari aspek fizikal, peralatan, struktur persekitaran, penyimpanan makanan, kawalan binatang dan kebersihan diri. Majlis Perbandaran Taiping sentiasa bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengadakan pemeriksaan dan pemantauan terhadap pengusaha dan pengendali makanan.
Berikut adalah satu unit vektor yang telah ditubuhkan untuk tujuan menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit denggi dikawasan Majlis. Aktiviti yang dijalankan ialah seperti berikut:- * Kajian dan pemeriksaan jentik-jentik Aedes menyeluruh dan disemua lokasi sensitif. Operasi cari dan musnah semua tempat pembiakan Aedes. * Aplikasi racun serangga pembunuh jentik-jentik (Abatan 10%SU) dikawasan berwabak dan sensitif. Preventure Fogging dikawasan bermasalah dan sensitif dijalankan mengikut keperluan seperti distesen bas, perhentian teksi dan stesen keretapi. * Bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama untuk menganjurkan ceramah pendidikan dan kesedaran sivik disekolah-sekolah. Kempen Anti-Nyamuk dan Kebersihan Nasional.
Majlis Perbandaran Taiping
Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
+605 - 808 0777
+605 - 806 8957 / +605 - 805 3000
mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my