PELAKSANAAN ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 TELAH DIWARTAKAN PADA 20 JULAI 2023 DAN PERATURAN-PERATURAN HOTEL PERAK 2024 TELAH DIWARTAKAN PADA 27 JUN 2024 UNTUK DIGUNAPAKAI DAN DIKUATKUASAKAN OLEH SEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DI NEGERI PERAK.
PELAKSANAAN ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 DAN PERATURAN-PERATURAN HOTEL PERAK 2024 DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING ADALAH BERMULA PADA 01 JULAI 2024.
HOTEL YANG DITAFSIRKAN DI BAWAH ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 ERTINYA MANA-MANA PREMIS:
i. DI MANA ORANG DIBERI TEMPAT MENUMPANG, BERMALAM ATAU BERLINDUNG UNTUK APA-APA JENIS SEWA ATAU GANJARAN BAGI APA APA JUA TEMPOH DAN MASA.
ii. DI MANA BILIK-BILIK DILENGKAPI OLEH PEMUNYA, PENERIMA PAJAK, PENYEWA UTAMA, PENGHUNI ATAU PENGURUS PREMIS ITU UNTUK KEGUNAAN DOMESTIK BAGI ORANG YANG DIBERI TEMPAT MENUMPANG, BERMALAM ATAU BERLINDUNG.
iii. TERMASUKLAH ASRAMA, MOTEL, RUMAH TUMPANGAN, RUMAH PEMALAMAN, RUMAH TETAMU, RUMAH BOT, HOMESTAY, TAPAK PERKHEMAHAN ATAU KENDERAAN YANG DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT MENGINAP YANG BERBAYAR.
SEMUA PEMUNYA PREMIS PENGINAPAN YANG TERSENARAI DI BAWAH ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING BOLEH MENDAFTAR MELALUI PAUTAN SEPERTI BERIKUT:
PENDAFTARAN LESEN PREMIS PENGINAPAN DI BAWAH ENAKMEN HOTEL PERAK 2024PEMOHON AKAN DIHUBUNGI UNTUK URUSAN PELESENAN SELANJUTNYA. SILA HUBUNGI JABATAN PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN, MAJLIS PERBANDARAN TAIPING DI TALIAN 05-8080777 SAMBUNGAN 2403 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BERHUBUNG PELESENAN PREMIS PENGINAPAN.