myPATIL adalah lesen premis digital pertama di Malaysia yang berasaskan teknologi pintar Internet of Things (iot) bagi menggantikan kaedah lesen konvensional dalam bentuk kertas dan papan lesen sedia ada di semua premis perniagaan berlesen. myPATIL merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam pelan Perak Sejahtera 2030 serta salah satu fokus kerajaan negeri tahun 2023 dalam keterangkuman inisiatif dan infrastruktur digital.