Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Informasi Terkini

PEWARTAAN UNDANG-UNDANG KECIL TAMAN (MAJLIS PERBANDARAN TAIPING) 2023


PEWARTAAN UNDANG-UNDANG KECIL TAMAN (MAJLIS PERBANDARAN TAIPING) 2023

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dalam perjumpaan Bil.2089 bertarikh 7 Disember 2022 telah menimbangkan Kertas Bil.1944/07/12/2022 dan bersetuju diterima pakai Undang-undang Kecil Taman Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak 2023 dan diseragamkan pelaksanaannya untuk diguna pakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak. Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran Taiping) 1986 dan Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran Taiping) (Pindaan) 2007 adalah dimansuhkan setelah Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran Taiping) 2023 diwartakan. Undang-undang ini diterima pakai termasuklah mana-mana taman bunga, taman awam, taman botani, kawasan lapang, siar kaki, taman rekreasi atau hiburan atau padang permainan, bulatan lalulintas, batasan tengah sepanjang jalan, sisian jalan, rizab jalan, sungai, anak sungai, tebing sungai, persiaran pantai atau sebarang tanah atau kawasan lain yang diselenggara oleh Majlis. 

UNDANG-UNDANG KECIL TAMAN (MAJLIS PERBANDARAN TAIPING) 2023 (KLIK SINI)
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
3
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
  • Majlis Perbandaran Taiping
    Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

  • +605 - 808 0777

  • +605 - 806 8957 / +605 - 805 3000

  • mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Perbandaran Taiping . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 87334