PROGRAM INSENTIF CUKAI TAKSIRAN (PICT) 2023 MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
PROGRAM INSENTIF CUKAI TAKSIRAN (PICT) 2023 MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menganjurkan Program Insentif Cukai Taksiran (PICT) 2023 kepada pembayar cukai taksiran yang telah menjelaskan bayaran cukai taksiran selewatnya 28 Februari 2023 secara setahun bagi tahun 2023 termasuk tiada sebarang tunggakan Cukai Taksiran, Notis E dan Waran F.
PICT 2023 mengadakan dua (2) kategori hadiah cabutan bertuah iaitu :
Kategori A: Bayaran secara dalam talian yang menyediakan hadiah bonanza berupa sebuah Tablet dan 18 unit Telefon Pintar bagi hadiah saguhati; dan
Kategori B: Bayaran melalui Kaunter MPT menyediakan hadiah bonanza berupa sebuah Tablet dan 10 unit Telefon Pintar bagi hadiah saguhati
MPT tidak lagi mengepos Bil Cukai Taksiran ke rumah/ premis dan semua semakan dan bayaran digalakkan dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Bayar dengan melayari di laman portal https://ebayar.mptaiping.gov.my atau aplikasi mudah alih myMPT di Playstore manakala MyMPTaiping di Apps Store.
Semakan dan transaksi bayaran Bil Cukai Taksiran juga boleh dibuat melalui sistem PBTPay oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di laman portal https://pbtpay.kpkt.gov.my .