Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Informasi Terkini

PROGRAM INSENTIF CUKAI TAKSIRAN (PICT) 2024 SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN 150 BANDAR TAIPING


PROGRAM INSENTIF CUKAI TAKSIRAN (PICT) 2024 SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN 150 BANDAR TAIPING
Program Insentif Cukai Taksiran (PICT) 2024 akan diteruskan sepertimana tahun sebelum ini. PICT 2024 akan mengekalkan dua kategori hadiah cabutan bertuah iaitu Kategori A: Bayaran secara dalam talian iaitu hadiah bonanza sebuah tablet dan saguhati 18 unit telefon pintar manakala bagi Kategori B: Bayaran melalui Kaunter MPT dengan menawarkan hadiah bonanza sebuah tablet dan saguhati 10 unit telefon.
Ini selaras dengan matlamat MPT dalam mencapai Taiping Bandar Pintar atau "Smart City" bagi meningkatkan fungsi kecekapan dan produktiviti pengurusan sesebuah bandar raya. Walaubagimanapun semua bayaran secara setahun tanpa tunggakan layak menyertai cabutan bertuah.
PICT 2024 akan bermula pada 1 Disember 2023 dan berakhir pada 29 Februari 2024. Pemilik harta boleh membuat semakan dan bayaran Cukai Taksiran di Kaunter Bayaran Bersepadu MPT pada waktu bekerja.
Semakan serta bayaran Bil Cukai Taksiran secara dalam talian boleh dibuat melalui sistem e-Bayar dengan melayari laman sesawang ebayar.mptaiping.gov.my atau aplikasi mudah alih myMPT di Play Store manakala MyMPTaiping di Apps Store.
Semakan dan transaksi bayaran Bil Cukai Taksiran juga boleh dibuat melalui sistem PBTPay dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui laman sesawang www.pbtpay.kpkt.gov.my.
Sempena menyambut ulang tahun 150 tahun Bandar Taiping, Kaunter Bergerak Kutipan Hasil MPT akan diadakan di empat lokasi terpilih dalam kawasan pentadbiran MPT.
Program kali ini menawarkan 4,000 unit mug eksklusif bertemakan Sambutan Ulang Tahun 150 tahun Bandar Taiping kepada pembayar Cukai Taksiran awal secara setahun dan tanpa tunggakan yang membuat bayaran di Kaunter Bergerak Kutipan Hasil MPT seperti dilokasi berikut:-
✳️9 dan 10 Disember 2023 di Arena Batu Kurau - 500 unit mug
✳️16 dan 17 Disember 2023 di Muzium Matang – 1,000 unit mug
✳️23 dan 24 Disember 2023 di Aeon Mall Taiping - 1,000 unit mug dan
✳️6 dan 7 Januari 2024 di Pejabat Penghulu Trong - 500 unit mug
Kaunter bergerak ini turut menyediakan kaunter perkhidmatan lain seperti Kaunter Lesen/ Permit MPT, Kaunter Sewaan Harta MPT, Kaunter Kompaun Tempat Meletak Kenderaan MPT dan Kaunter Aduan MPT.
 
 
 
 
 
See Insights and Ads
Boost post
 
All reactions:
2121
 
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
3
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
  • Majlis Perbandaran Taiping
    Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

  • +605 - 808 0777

  • +605 - 806 8957 / +605 - 805 3000

  • mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Perbandaran Taiping . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 87334