Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Jabatan yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja Penilaian bagi tujuan cukai taksiran dan Sumbangan Membantu Kadar (SMK). Sebagaimana diketahui, hasil cukai taksiran adalah penyumbang utama kepada pendapatan Majlis. Sekiranya kutipan cukai taksiran gagal dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan maka ianya akan menjejaskan perjalanan pengurusan Majlis secara umum.

FUNGSI JABATAN

  • Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas semua pegangan milik individu, swasta kerajaan dan badan-badan berkanun bagi tujuan Cukai Taksiran dan Sumbangan Membantu Kadar.

  • Memastikan bil-bil Cukai Taksiran dikeluarkan ke atas semua pegangan, mengeluarkan Notis E ke atas pegangan yang mempunyai tunggakan dan seterusnya mengeluarkan Waran F (sitaan) kepada pemilik/ pembayar yang gagal menjelaskan tunggakan.
  • Menjalankan kerja-kerja Penilaian Semula bagi tujuan menyediakan suatu Senarai Nilaian yang baru dan dinilai selaras dengan Aras Nilaian Semasa.
  • Membuat pindaan Senarai Nilaian bagi bangunan-bangunan baru / tambahan
  • Menyediakan Kadar Taksiran Tahunan bagi tujuan Cukai Taksiran.
  • Membuat kajian atau siasatan ke atas kawasan yang berpontensi untuk dimasukkan ke dalam kawasan Majlis serta berusaha dalam menangani masalah yang berkaitan dalam menjalankan kerja-kerja di atas.
  • Utama
  • Jabatan Penilaian
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
3
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
  • Majlis Perbandaran Taiping
    Wisma Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

  • +605 - 808 0777

  • +605 - 806 8957 / +605 - 805 3000

  • mpt[at]mptaiping[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Perbandaran Taiping . Kemaskini : 16/07/24 • Jumlah Pelawat : 87334